PENDAFTARAN SYARIKAT ENTERPRISE


http://fendicentre.com/azhaan-brother/KELABJUTAWAN-online.gif

PENDAFTARAN SYARIKAT ENTERPRISE = RM150

MEMPERBAHARUI LESEN SYARIKAT ENTERPRISE = RM120

PERUBAHAN MAKLUMAT DALAM LESEN SYARIKAT = RM50

Contoh perubahan seperti tambah bidang perniagaan, tukar alamat……

MENGAPA ANDA PERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI…???

- ANDA TAK PERLU BERATUR BERJAM-JAM DI UNTUK DAFTAR SYARIKAT

- CEPAT MUDAH DAN PANTAS

- TAK PERLU BERSESAK DALAM JEM UNTUK DAFTAR DI SSM

- ANDA SELAMAT DARI ULAT-ULAT YANG SERING MENIPU DI SSM

- JIMAT KOS MINYAK KERETA ANDA

- TAK PERLU PENING MEMIKIRKAN CARA NAK ISI BORANG SEBAB SEGALANYA KAMI BANTU ANDA

- MENGURANGKAN KESILAPAN SEMASA MENDAFTAR

- SEGALANYA SECARA ONLINE, WALAU DIMANA JUA ANDA BERADA PERKHIDMATAN KAMI DI SELURUH MALAYSIA

APA TUNGGU LAGI

HUBUNGI KAMI DI TALIAN

SAHRIN = 012 2489284

12

07 2010

Azhaan Brothers = DAFTAR KEMENTERIAN KEWANGAN


http://fendicentre.com/azhaan-brother/KELABJUTAWAN-online.gif

Kami boleh membantu anda mendaftar dengan eperolehan / Kementerian Kewangan (MOF) dengan Fee yang  MURAH serta berpatutan. Di jamin Lulus.

REGISTER MOF

ONLY RM1200….!!!!!

PROMOSI HANYA 1 BULAN

RM1200.00 Pendaftaran Baru eperolehan/ lesen kementerian Kewangan

Harga kami hanya RM1500/= termasuk kad pintar dan card reader. [ALL INCLUSIVE]. Jangkamasa siap setiap permohonan yang lengkap adalah lebih kurang 1-2 minggu.

RM660.00 Memperbaharui Lesen Kementerian Kewangan

RM660.00 Menambah Bidang – Tambah Kod Bidang Kewangan

RM660.00 Tukar Profail Syarikat, [alamat, pengarah, pemegang saham]

RM660.00 Mendapatkan Taraf Bumiputera Kementerian Kewangan

KOD BIDANG PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN

SENARAI KOD BIDANG PENDAFTARAN KONTRAKTOR BEKALAN DAN
PERKHIDMATAN DI KEMENTERIAN KEWANGAN
BIDANG, SUB BIDANG DAN PECAHAN SUB BIDANG

01 BAHAN BACAAN DAN ALATULIS
01 Bahan Bacaan
00 – Bahan Bacaan
02 Alatulis
01 – Alatulis (tidak termasuk borang dan kertas komputer)
02 – Bahan Surih dan Drafting
99 – Pembuat
02 ALAT KELENGKAPAN PEJABAT DAN KEDIAMAN
01 Perabut dan Kelengkapan
01 – Perabut
02 – Permaidani/Ambar
99 – Pembuat
02 Mesin
01 – Mesin-mesin Pejabat
02 – Mesin-mesin Kediaman
99 – Pembuat
03 Perkakas Elektrik
00 – Perkakas Elektrik
99 – Pembuat
3
04 Kelengkapan Dapur
00 – Kelengkapan Dapur
99 – Pembuat
05 Peralatan Pencuci dan Pembersihan
00 – Peralatan Pencuci dan Pembersihan
99 – Pembuat
06 Bahan-bahan Pembungkusan/Bekas
00 – Bahan-bahan Pembungkusan/Bekas
99 – Pembuat
03 PERALATAN CEGAH KEBAKARAN DAN KAWALAN KESELAMATAN
01 Alat dan Sistem Cegah Kebakaran
00 – Alat dan Sistem Cegah Kebakaran
99 – Pembuat
02 Pakaian dan Alat Keselamatan
00 – Pakaian dan Alat Keselamatan
99 – Pembuat
04 PERALATAN PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI
01 Alat-alat Perhubungan/Komunikasi
00 – Alat Perhubungan
99 – Pembuat
02 Alat Bantuan Mengajar
00 – Alat Bantuan Mengajar
99 – Pembuat
4
05 KELUARAN JAHITAN
01 Bahan Tekstil
01 – Bahan Tekstil
02 – Barang-barang Berjahit (Barang-barang Yang Tidak
Lekat di Badan)
99 – Pembuat
02 Pakaian dan Kelengkapan
00 – Pakaian dan Kelengkapan
99 – Pembuat
03 Bahan Tarpaulin dan Canvas
00 – Bahan Tarpaulin dan Kanvas
99 – Pembuat
06 FOTOGRAFI DAN PERALATAN
01 Kamera dan Peralatan
00 – Kamera/Peralatan
99 – Pembuat
02 Filem Siap Untuk Tayangan
00 – Filem Siap untuk Tayangan (perlu Lesen drpd. FINAS)
07 KELENGKAPAN SUKAN, CENDERAMATA DAN MUZIK
01 Kelengkapan Sukan
00 – Peralatan/Pakaian Sukan
99 – Pembuat
02 Cenderamata dan Hadiah
00 – Cenderamata dan Hadiah
99 – Pembuat
5
03 Alat Muzik
00 – Alat Muzik
99 – Pembuat
08 MAKANAN DAN MINUMAN
01 Bahan Minuman
00 – Bahan Minuman
99 – Pembuat
02 Makanan Mentah Basah
00 – Makanan Mentah Basah
03 Makanan Mentah Kering
00 – Makanan Mentah Kering
99 – Pembuat
04 Makanan Dalam Tin/Botol/Bungkus
00 – Makanan dalam Tin/Botol/Bungkus
99 – Pembuat
05 Makanan Bermasak
01 – Makanan Bermasak Islam
02 – Makanan Bermasak Bukan Islam
09 PERALATAN HOSPITAL DAN UBAT-UBATAN
01 Peralatan/Kelengkapan Perubatan
00 – Peralatan/Kelengkapan Perubatan
99 – Pembuat
02 Ubat dan Bahan Ubatan
01 – Dadah Berjadual (Perlu Lesen Farmasi)
02 – Racun Berjadual (Perlu Lesen Farmasi)
6
03 – Ubat Tidak Berjadual
99 – Pembuat
03 Pekakas Perubatan Pakai Buang
00 – Pekakas Perubatan Pakai Buang
99 – Pembuat
10 KIMIA DAN PERALATAN MAKMAL
01 Kimia
01 – Kimia Makmal
02 – Kimia Industri
03 – Kimia Pemprosesan Air
99 – Pembuat
02 Kelengkapan Makmal
00 – Kelengkapan Makmal
99 – Pembuat
11 BAHAN BAKAR DAN PELINCIR
01 Bahan Bakar
00 – Bahan Bakar
99 – Pembuat
02 Bahan Pelincir
00 – Bahan Pelincir
99 – Pembuat
12 PERTANIAN DAN TERNAKAN
01 Baja dan Racun
01 – Baja
02 – Racun Pertanian
99 – Pembuat
7
02 Tanaman dan Baka Ternakan
01 – Tanaman/Benih Semaian
02 – Ternakan/Baka Ternakan
03 Peralatan Pertanian dan Ternakan
00 – Peralatan Pertanian dan Ternakan
99 – Pembuat
04 Makanan/Ubat-ubatan Ternakan
00 – Makanan/Ubat-ubatan Ternakan
99 – Pembuat
13 KELENGKAPAN/KEMUDAHAN AWAM
01 Kelengkapan/Kemudahan Awam
00 – Kelengkapan/Kemudahan Awam
99 – Pembuat
14 BAHAN BINAAN DAN PERALATAN KESELAMATAN JALAN RAYA
01 Bahan Binaan
00 – Bahan Binaan
99 – Pembuat
02 Peralatan Keselamatan Jalan Raya
00 – Peralatan Keselamatan Jalan Raya
99 – Pembuat
15 PERALATAN SUKATAN/UKURAN
01 Peralatan Sukatan/Ukuran
00 – Semua Peralatan Sukatan/Ukuran
99 – Pembuat
8
16 KENDERAAN, JENTERA BERAT DAN KELENGKAPAN
01 Kenderaan
01 – Basikal
02 – Motosikal
03 – Kereta
04 – Lori
05 – Bas
99 – Pembuat
02 Jentera Berat
00 – Jentera Berat
99 – Pembuat
03 Alatganti dan Aksesori Kenderaan/Jentera Berat
01 – Alatganti/Aksesori Kenderaan
02 – Ala ganti/Aksesori Jentera Berat
99 – Pembuat
04 Keretapi, Peralatan dan Alatganti
01 – Lokomotif
02 – Peralatan dan Alatganti Keretapi
99 – Pembuat
17 SENJATA DAN PERALATAN
01 Senjata Api/Peluru
01 – Senjata Api
02 – Peluru
99 – Pembuat
02 Bahan Letupan
00 – Bahan Letupan
99 – Pembuat
9
03 Kelengkapan Sasaran
00 – Kelengkapan sasaran
99 – Pembuat
18 MESIN DAN PERALATAN KEJURUTERAAN
01 Mesin dan Kelengkapan Bengkel
00 – Mesin dan Kelengkapan Bengkel
99 – Pembuat
02 Peralatan Perindustrian Minyak
00 – Peralatan Perindustrian Minyak
99 – Pembuat
03 Mesin dan Kelengkapan Khusus
00 – Mesin dan Kelengkapan Khusus
99 – Pembuat
19 PESAWAT UDARA, BOT DAN KAPAL
01 Pesawat Udara
01 – Pesawat Udara
02 – Alatganti dan Kelengkapan Pesawat
99 – Pembuat
02 Bot dan Kapal
01 – Bot
02 – Kapal Laut/Kapal Selam
03 – Alatganti dan Kelengkapan Bot/kapal
99 – Pembuat
03 Peralatan Merin
00 – Peralatan Merin
99 – Pembuat
10
20 PERALATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
01 Motor, Alatubah dan Penjanakuasa
00 – Motor dan Alatubah/Alatganti
99 – Pembuat
02 Stesyen Janakuasa Letrik dan Peralatan Generator/Alatganti
00 – Stesyen Janakuasa Letrik dan Peralatan
Generator/Alatganti
99 – Pembuat
03 Kabel dan Aksesori/Konduktor
00 – Kabel, Aksesori dan Konduktor
99 – Pembuat
04 Lampu dan Kelengkapan
00 – Lampu dan Kelengkapan
99 – Pembuat
21 PERALATAN/KELENGKAPAN KOMPUTER
01 Peralatan dan Kelengkapan Komputer
*01 – Personal Computer and Related Peripheral and
Services
*02 – Small and Large Multi-User Systems and Services
*03 – Workstations and Related Peripheral and Services
*04 – Software Product and Services
*05 – Other Computer Related Services
*06 – Networking Products and Services
*99 – Pembuat
* Bidang komputer – sila rujuk syarat-syarat bidang komputer
seperti di Bahagian 1, muka surat 8.
11
22 PERKHIDMATAN
01 Penyelenggaraan/Pembaikan Mesin dan Kenderaan
01 – Alat Hawa Dingin (Window/Split)
02 – Mesin-mesin Pejabat
03 – Alat Kebombaan/Pemadam Api
04 – Alat Semboyan dan Perhubungan/Penyiaran
05 – Alat Kelengkapan Hospital/Makmal
06 – Alat-alat Merin
07 – Bot/Kapal (Untuk Limbungan)
08 – Kontena/Tangki
09 – Perkakas/Sistem Elektrik
10 – Mesin dan Peralatan Woksyop
11 – Peralatan Kawalan Keselamatan
12 – Sand Blasting dan Mengecat Untuk Kapal
13 – Mechanisation System (Conveyor Lift dll.)
14 – Membaiki Buff Fuel Tank
15 – Pump/Paip Air dan Komponen
16 – Motosikal
17 – Kenderaan Bawah 3 Ton
18 – Kenderaan Melebihi 3 Ton (seperti Bas, Prime
MoverTrailers, Low Loaders & Specialised Vehicle)
19 – Lori Pelarik Tanah, Roller dan Forklift
20 – Kerja-kerja Khusus (Baik Pulih Injin) dan sebagainya
21 – Kerja-kerja Mengetuk dan Mengecat
22 – Alat Hawa Dingin Kenderaan
23 – Membaik Pulih Tempat Duduk/Kusyen dan Bumbung
*88 – Pelbagai
02 Penyewaan dan Pengurusan
01 – Pengangkutan Penumpang
02 – Jentera Berat/Kenderaan/Jentera
03 – Ruang Niaga/Pejabat
04 – Pengurusan Pameran/Pentas
05 – Ladang/Taman
06 – Tempat Letak Kereta
07 – Bot Tunda/Feri/Bot/Bot Malim
08 – P.A. System/Alat Muzik
09 – Mesin-mesin Pejabat
10 – Perhotelan (Menyediakan Pakej dan Fasiliti untuk
Kursus, Seminar dan lain-lain yang berkaitan)
*88 – Pelbagai
12
03 Pengawalan dan Pengawasan
01 – Kawalan Serangga Perosak/Anti Termite Bangunan
02 – Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen KDN)
03 – Menangkap/Menembak Haiwan
*88 – Pelbagai
04 Mencuci dan Membersih
01 – Mencuci Bangunan
02 – Membersih Kawasan
03 – Mengangkat Sampah
04 – Membersih Kenderaan
05 – Mencuci Kolam Renang
06 – Membersih Pantai
*88 – Pelbagai
05 Gunatenaga
01 – Kontrak Buruh
02 – Tenaga Pengajar
03 – Data Entry/Perisian
04 – Kerja Tuai dan Angkut
05 – Mengisar Padi
06 – Pemungut Hutang/Penghantar Notis
*88 – Pelbagai
06 Khidmat Udara/Laut/Darat
01 – Topografi
02 – Pembajaan/Pest Control
03 – Cloud Seeding
04 – Pemetaan
05 – Rondaan Udara
06 – Hidrografi
*88 – Pelbagai
07 Perfileman, Rakaman dan Fotografi
01 – Pengeluaran Filem-filem (Perlu Lesen FINAS)
02 – Rakaman
03 – Fotografi
04 – Audio Visual
*88 – Pelbagai
13
08 Pengindahan (Tidak Termasuk Pelanskapan dan Senitaman)
01 – Hiasan Dalaman
02 – Bangunan
03 – Hiasan Jalan/Kawasan
*88 – Pelbagai
09 Menjahit
00 – Menjahit
10 Percetakan (Dikhas Kepada Syarikat 100% Bumiputera)
01 – Pengatur Huruf (Type Setting)
02 – Pisah Warna (Colour Separation)
03 – Mencetak Buku, Majalah, Laporan Akhbar (Perlu
Lesen KDN)
04 – Mencetak Fail, Kad Perniagaan dan Kad Ucapan
(Perlu Lesen KDN)
05 – Mencetak Label, Poster, Pelekat dan Iron-On (Kertas)
(Perlu Lesen KDN)
06 – Mencetak Label, Poster dan Pelekat (Plastik) (Perlu
Lesen KDN)
07 – Mencetak Continuous Stationery Forms (Perlu Lesen
KDN)
08 – Mencetak Borang/Kertas Komputer (Perlu Lesen KDN)
09 – Cetak Keselamatan (Perlu Lesen KDN)
10 – Menjilid Kulit Lembut
11 – Menjilid Kulit Keras
12 – Varnishing
13 – Laminating
11 Pengangkutan
01 – Pemilik Kapal
02 – Broker Perkapalan
03 – Agen Perkapalan (Perlu Lesen Kastam)
04 – Pengangkutan Lori
05 – Agen Penghantaran (Perlu Lesen Kastam)
06 – Pembungkusan
07 – Agen Pengembaraan (Perlu Lesen Penggalakan
Pelancongan Malaysia (MTPB) dan Khas Untuk 100%
Bumiputera)
08 – Penghantaran Dokumen
14
12 Insuran
01 – Syarikat Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)
02 – Broker Insuran (Perlu Lesen Bank Negara)
13 Barang Lusoh
01 – Membeli Barang Lusoh (Tidak Perlu Permit)
02 – Membeli Barang Lusoh (Perlu Permit)
*88 – Pelbagai
14 Membaik Pulih
01 – Tayar
02 – Bateri
03 – Perabut
04 – Barang Logam
05 – Kasut
*88 – Pelbagai
15 Pengiklanan
01 – Media Elektronik (Tidak Termasuk Kerja-kerja
Percetakan)
02 – Media Cetak (Tidak Termasuk Kerja-Kerja Percetakan)
03 – Bill Board
16 Perkhidmatan Kapal
01 – Salvage Boat/Kapal
02 – Pengurusan Pelabuhan
03 – Malim Kapal
04 – Stevedor
05 – Telly Clerk
06 – Mengikat dan Melepas Tali Kapal (Mooring)
07 – Diving Service
08 – Ship Chandling
09 – Ship Trimming
10 – Membina Tukun Tiruan
*88 – Pelbagai
15
17 Lain-lain Perkhidmatan
01 – Kodifikasi
02 – Perkhidmatan Radio
03 – Membekal Air
04 – Mengangkut Mayat
05 – Production Testing, Surface Well Testing and Wireline
Services
06 – Perkhidmatan Fotostat/Faksimili
07 – Lesen/Pengenalan dan Pas Keselamatan Bersalut
(Laminated Licence/Certification & Security Pass)
08 – Dobi
09 – Pengauditan dan Persijilan
10 – Penterjemahan
11 – Tatahias Binatang (Menggosok Bulu Binatang,
Mengasah Gigi Binatang, Memasang Ladam Kuda)
12 – Solekan (Menggunting Rambut, Andaman)
13 – Pemeliharaan Bahan-Bahan Sejarah dan Pengurusan
Tempat-Tempat Bersejarah)
*88 – Pelbagai
Catatan:
* Bidang pelbagai adalah bidang yang diberikan berdasarkan keperluan
Jabatan dan ianya tidak ada di dalam senarai kod bidang yang sedia
ada.

27

06 2010

Azhaan Brothers = PERKHIDMATAN PERAKAUNAN,PENGAUDITAN & PERCUKAIAN

http://www.kellers.co.uk/images/accountants-south-gloucestershire.jpg

CAJ PERKHIDMATAN PERAKAUNAN = RM200 hingga RM400 sebulan

CAJ PENGAUDITAN =Bergantung kepada jadual audit

CAJ PERCUKAIAN = RM300 – RM500 setahun

Kami menyediakan khidmat perakaunan berkomputer untuk di audit dan seterusnya dilaporkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) & Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

PERINGATAN

Adalah amat penting untuk mewujudkan dan mengekalkan satu set buku-buku perakaunan dan rekod yang tepat untuk syarikat anda. Sistem perakaunan manual atau berkomputer disediakan atau anda boleh mengambil khidmat perakaunan yang berpengalaman.

Penyata Kewangan Syarikat

Penyata kewangan disediakan bagi melaporkan kedudukan kewangan dan hasil operasi syarikat. Penyata kewangan syarikat perlu disediakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Penyata Kewangan hendaklah dihantar setiap tahun walaupun syarikat tidak beroperasi. Denda/penalti yang tinggi akan dikenakan sekiranya syarikat tidak menghantar Penyata Kewangan.

Keperluan Perakaunan dan Audit

Mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 167 syarikat mesti menyimpan dengan baik sebarang rekod penyata akaun yang mengandungi hasil, perbelanjaan dan transaksi perniagaan.

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN IALAH

- BANK STATEMENT

- PAYMENT VOUCHER

- INVOICE

- BILL & RECEIPT

- AGREEMENT

*PIHAK KAMI AKANBERJUMPA DENGAN ANDA DAN MEMBANTU ANDA JIKA ANDA TIADA PENGALAMAN UNTUK MENYEDIAKAN AKAUN.

http://fendicentre.com/banner/CAR-FOR-SALE.gif http://fendicentre.com/banner/TEMPAHAN-WEBSITE-699.gif http://fendicentre.com/banner/CARMINO-soup.gif

27

06 2010

Azhaan Brothers = KELEBIHAN PENUBUHAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

http://fendicentre.com/banner/CAR-FOR-SALE.gif http://fendicentre.com/banner/TEMPAHAN-WEBSITE-699.gif http://fendicentre.com/banner/CARMINO-soup.gif


http://fendicentre.com/azhaan-brother/KELABJUTAWAN-online.gif

Adakah anda diketepikan kerana saiz perniagaan anda yang kecil? Adakah anda tidak layak untuk mendapatkan kebanyakan kontrak-kontrak kerana syarikat anda tidak diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/ dahulunya dikenali sebagai ROC)? Sekiranya anda mangalami keadaan-keadaan berikut anda mungkin patut mempertimbangkan untuk memperbadankan syarikat anda di bawah status Sendirian Berhad.

Walaupun anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan, anda seharusnya menilai produk-produk dan para pelanggan anda dengan berhati-hati sekiiranya anda berpendapat adalah lebih baik anda memulakan perniagaan sebagai Sendirian Berhad daripada perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian.

Tidak dapat dinafikan bahawa adalah lebih mudah menguruskan perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian dari segi pentadbiran dan bayaran cukai dan kos yang lebih rendah, tetapi perniagaan jenis ini akan menjejaskan perkembangan perniagaan anda sekiranya anda bercadang untuk mengembangkan dan mendapatkan para pelanggan yang lebih besar di masa hadapan.

Faedah-faedah utama sebuah syaikat yang berstatus Sendirian Berhad

Perlindungan Liabiliti – Sebuah syarikat Sendirian Berhad adalah entiti sah yang berasingan daripada ahli-ahli individu syarikat itu. Ia bermaksud aset-aset persendirian ( sedia ada dan tidk dihasilkan) dilindungi daripada kerugian perniagaan sekiranya syarikat anda tidak dapat membayar balik hutang-hutang dan /atau disaman untuk sejumlah wang yang diluar keupayaan syarikat untuk membuat pembayaran balik. Di dalam Syarikat Sendirian Berhad, tanggunjawab anda hanyalah setakat jumlah saham yang anda miliki di dalam syarikat tersebut atau sekiranya anda atau rakan kongsi penjadi penjamin dan berlakunya pembubaran atau likuidasi, liabiliti anda hanyalah setakat jumlah sumbangan yang telah anda setuju untuk laburkan ke dalam aset-aset syarikat

Kewujudan Berterusan dan Pengenalan yang Lebih baik- penubuhan, penyelenggaran dan pembubaran syariakt Sendirian Berhad memakan masa yang lama dan perbelanjaan yang banyak terutamanya dari segi yuran guaman dan kesetiausahaan. Namun demikian, Syarikat Sendirian Berhad mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan lebih berterusan daripada empunya tunggal. Lebih-lebih lagi syarikat Sendirian Berhad tidak akan terbubar dengan kematian seorang pemegang saman. Hakmilik terhadap saham tersebut akan dipindah milik kepada waris si mati.

Institusi-institusi kewangan, agensi-agensi kerajaan dan entiti-entiti perniagaan yang besar lebih gemar berurusan dengan syarikat-syarikat Sendirian Berhad terutamanya di dalam projek-projek besar kerana ketetapan struktur kewujudanya dapat menawarkan kestabilan, kesinambungan dan perlindungan yang lebih.

Perlindungan terhadap Nama Syarikat - Sekiranya sesebuah syarikat Sendirian Berhad telah mendaftarkan nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM), nama tersebut tidak boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain bagi tempoh kewujudan syarikat anda dan selama beberapa tempoh selepas pembubaran syarikat anda.

Pilihan-pilihan kewangan yang lebih- selain daripada mengambil bantuan kewangan, wang boleh diperolehi melalui penjualan stok kepada penjual-oenjual persendirian. Di peringkat-peringkat akhir, saham ini boleh ditawarkan kepada umum sekiranya syarikat tersebut menukar status kepada syarikat berhad atau syarikat awam berhad.

Syarikat-syarikat Sendirian Berhad selalunya mempunyai keupayaan untuk mendapatkan rangkaian perdagangan dengan lebih mudah daripada empunya tunggal.

Ketelusan dan Pengemaskinian Pentadbiran- akaun-akaun syarikat haruslah mematuhi piawaian –piawaian tegas yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Akaun –akaun audit tahunan mengenai keuntungan dan kerugian berserta kunci kira-kira syarikat haruslah diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dilekapkan kepada satu pangkalan data yang boleh dilayari oleh orang awam.

Dari segi undang-undang semua syarikat-syarikat sendirian Berhad haruslah menggaji perkhidmatan seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu dalam pendaftaran syarikat., memfailkan minit-minit mesyuarat dan resolusi-resolusi syarikat, dan akaun tahunan syarikat. Setiausaha-setiausaha syarikat ini mematuhi piawai-piawai yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sekaligus ini membantu mengemaskinikan pentadbiran syarikat-syarikat Sendirian Berhad di Malaysia.

Status Perintis dan Koridor Raya Multimedia (KRM)- ataupun syarikat-syarikat Sendirian Berhad dikenakan cukai korporat sebanyak 28% di Malaysia, syarikat-syarikat ini boleh memohon untuk mendapatkan status perintis atau status KRM. Status perintis manawarkan 100% pengecualian daripada cukai pendapatan statutori. Insentif ini diberikan pada peringkat pertama untuk tempoh lima tahun. Syarikat-syarikat dibawah KRM juga boleh memohon untuk mendapatkan status perintis. Syarikat-syarikat ini layak mendapat Cukai Elaun Pelaburan sebanyak 100% (ITA), geran-geran R&D (untuk majoriti syarikat-syarikat milik Malaysia yang berstatus KRM) dan mempunayai kebebasan untuk mencari modal dan mendapatkan pendanaan secara global. Faedah-faedah unik yang lain adalah seperti pengimportan kelengkapan multimedia secara bebas cukai (MDC), dan mendapat laluan ke agensi- agensi setempat, Perbadanan Perkembangan Multimedia (MDC), untuk tujuan perlesenan dan peraturan-peraturan lain. Faedah-faedah ini berubah dari semasa ke semasa, oleh itu adalah lebih baik untuk menyemak faedah-faedah terkini secara langsung di www.msc.com.my dan juga www.mida.gov.my.

Hakmilik dan Keperluan-keperluan modal sebuah Syarikat Berhad

Sesebuah syarikat Sendirian Berhad seharusnya mempunyai pemegang saham yang paling minimum sejumah dua orang dan yang paling maksimumnya 50 orang. Seorang direktor syarikat haruslah orang sebenar yang mempunyai principal atau tempat tinggal di dalam Malaysia.

Dari segi modal, bagi memulakan sebuah syarikat Sendirian Berhad anda hanya memerlukan modal berbayar yang minimum iaitu sebanyak RM2. Modal ini boleh dinaikan atau ditambah pada bila-bila masa atau sekiranya diperlukan.

Mengambil Langkah Pertama

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraturan-peraturan yang menguasai syarikat-syarikat Sendirian Berhad anda boleh layari laman webnya iaitu: www.ssm.gov.my atau mendapatkan bantuan perunding seperti sebuah Syarikat Kesetiausahaan yang berpiagam. Terdapat banyak syarikat-syarikat begini yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Sekiranya anda tidak pasti syarikat kesetiausahan mana yang anda patut pilih, anda bolehlah merujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai syarikat.

Apabila anda telah mendapat senarai terpilih, anda bolehlah membuat panggilan untuk mendapatkan informasi lebih. Melalui respon yang diberikan anda akan dapat mengetahui syarikat mana yang suka membantu, profesional, boleh memberikan maklumat, dan bersesuaian dengan citarasa anda.

Julat yuran tahunan Setiausaha Syarikat adalah diantara RM600 kepada RM5000. Jumlah ini kadang-kadang termasuk yuran tahunan yang telah diaudit kerana kebanyakan daripada Setiausaha-setiausaha syarikat ini juga bertambat dengan Akauntan-akauntan dan menawarkan perkhidmatan mereka secara pakej. Di Malaysia, adalah wajib untuk menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Anda haruslah membuat permohonan pertama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui Setiausaha Syarikat untuk memastikan sama ada nama yang telah anda rancangkan untuk syarikat anda masih lapang. Jika nama tersebut masih belum digunakan oleh syarikat-syarikat lain, penempahan selama 3 bulan haruslah dilakukan keatas nama tersebut dari tempoh kelulusan. Di dalam tempoh 3 bulan tersebut anda haruslah menyerahkan Memorandum dan Tataurusan Persatuan, Borang 6 dan Borang 48A berserta dengan yuran pendaftaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Borang 48A Akuan Berkanun diperlukan untuk setiap Direktor dan pemohon-pemohon saham. Sesebuah syarikat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 direktor didalam Tataurusan Persatuan syarikat dan dua orang pemohon-pemohon saham di dalam Memorandum dan Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan . Borang 6 di dalam Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan harus mempunyai nama seorang setiausaha syarikat.

Apabila mendaftarkan sesebuah syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mengeluarkan Sijil Penubuhan.

Anda juga bolehlah berbincang dengan rakan-rakan yang telah pun memiliki syarikat Sendirian Berhad. Secara lazimnya mereka telah melalui kesemua proses-proses ini, dan oleh itu mereka mampu memberikan informasi mengenai isu-isu yang patut anda beri perhatian dan secara amnya memberikan nasihat-nasihat yang relevan.

Artikel ini disediakan oleh Spire Media & Research

Aturkan temujanji dengan 2-3 setiausaha-setiausaha ini. Pilih dan lantiklah Setiausaha Syarikat yang dapat memenuhi kehendak anda.

27

06 2010

Azhaan Brothers = PANDUAN MENAMAKAN SYARIKAT

GARIS PANDUAN MENAMAKAN SYARIKAT

1.         PEMAKAIAN

Garis Panduan ini hendaklah dipakai bagi mana-mana permohonan nama sama ada untuk penubuhan sesebuah syarikat atau pertukaran nama sesebuah syarikat.

2.         PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Akta Syarikat 1965 (Akta) memperuntukkan bahawa sebelum sebuah syarikat atau pertukaran namanya didaftarkan, nama atau nama baru yang dicadangkan bagi syarikat itu hendaklah terlebih dahulu diluluskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna atau Pendaftar Syarikat, masing-masing nya menurut hal keadaan tertentu.

Peruntukan statutori terkandung di bawah subseksyen 22(1) Akta yang memperuntukkan bahawa kecuali dengan persetujuan Menteri, sesuatu syarikat tidak boleh didaftarkan dengan nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini (undesirable) atau adalah nama, atau jenis nama, yang Menteri mengarahkan Pendaftar untuk tidak menerimanya untuk pendaftaran.  Peruntukan yang sama yang terpakai bagi syarikat asing adalah subseksyen 341(1) Akta.

Berdasarkan peruntukan tersebut, dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan nama syarikat, Pendaftar Syarikat adalah tertakluk kepada larangan atau sekatan berikut:

o       larangan-larangan mengenai penggunaan nama yang termasuk di bawah Arahan Menteri; dan

o       apa jua nama yang, pada pendapat Pendaftar, adalah tidak diingini (undesirable).

LARANGAN-LARANGAN BERDASARKAN ARAHAN MENTERI

Arahan Menteri adalah seperti yang diwartakan melalui Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997 dan Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001.  Kandungan Arahan Menteri di bawah Warta tersebut adalah seperti berikut –

(a)        nama-nama yang membayangkan kaitan dengan ahli Keluarga Diraja atau naungan Diraja termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan seperti ”Diraja”, “Raja”, “Permaisuri”, “Putera”, “Puteri”, “Mahkota”, “Raja Muda” atau “Yang/Maha Mulia”;

(b)        nama-nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Jabatan Kerajaan Negeri atau Persekutuan, badan berkanun, pihak berkuasa atau agensi kerajaan atau mana-mana majlis perbandaran ataupun pihak berkuasa tempatan yang lain termasuk nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan seperti “Persekutuan”, “Negeri” atau “Nasional”;

(c)   nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu Kerajaan Negara Asean, Komanwel atau kerajaan asing atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana pertubuhan antarabangsa atau kartel termasuk nama yang mengandungi perkataan seperti  “ASEAN”, “UNESCO”, “NATO”, “EEC” atau “OPEC”;

(d)     nama yang membayangkan kaitan dengan sesuatu parti politik, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi atau persatuan pembinaan;

(e)     nama yang termasuk perkataan yang berikut atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya:

“Amanah”, “Amanah Saham”, “Bank”, “Bursa”, “Bumiputra”, “Biro”, “Buatan Malaysia”, “Dewan Perniagaan dan Perindustrian”, “Dewan Pengeluaran”, “Eksekutor”, “Harga Patut”, “Institut”, “Insurans”, “Jaminan”, “Jurubank”, “Kewangan”, “Khazanah”, “Kredit”, “Kolej”, “Majlis”, “Pengguna”, “Pelaburan”, “Pejabat Pendaftaran”, “Pajakan”, “Perdana”, “Tauliah”, “Tabung”, “Universiti”, “Urusan Bank” atau “Yayasan”;

(f)      nama yang mengelirukan dari segi identiti, jenis, objek atau tujuan sesebuah syarikat atau yang mengelirukan dengan apa jua cara lain;

(g)     nama yang mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang-orang awam; dan

(h)     nama yang –

(i)      diterjemahkan daripada nama syarikat atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta; atau

(ii)     mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama mana-mana syarikat tempatan atau syarikat asing lain yang didaftarkan di bawah Akta; atau

(iii)   mungkin menyerupai ataupun dikelirukan dengan nama yang telah disimpan bagi tujuan penubuhan suatu syarikat baru atau pendaftaran suatu syarikat asing ataupun bagi tujuan penukaran nama suatu syarikat tempatan atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta.

Sekiranya pemohon atau penaja syarikat mempunyai justifikasi untuk menggunakan nama atau perkataan yang terkandung di bawah Arahan di atas, pemohon atau penaja tersebut hendaklah membuat permohonan kepada Menteri melalui Pendaftar Syarikat dengan memberikan sebab atau justifikasi bagi penggunaan nama atau perkataan tersebut sebagai sebahagian daripada nama syarikat yang dicadangkan, berserta dengan bayaran RM150.00.

3.         LARANGAN PENGGUNAAN NAMA YANG TIDAK DIINGINI

Bagi menentukan sama ada sesuatu nama yang dipohon itu adalah nama yang tidak diingini, Pendaftar Syarikat telah menetapkan beberapa kriteria berpandukan kepada beberapa prinsip am yang telah ditetapkan, termasuk undang-undang lain yang juga membuat peruntukan mengawal penggunaan nama yang ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal oleh undang-undang berkenaan, nama-nama yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dikawal oleh Agensi Kerajaan atau badan profesional dan bagi kepentingan nasional dan awam.  Kriteria-kriteria berikut hendaklah dipatuhi:

3.1        Nama Yang Ada Kaitan Dengan Aktiviti Yang Dikawal Melalui Undang-Undang Lain

(a)     Akta Bank Dan Institusi Kewangan 1989 (Banking And Financial Institutions Act 1989) -

Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “bank”, “deposit-taking”, “finance”, “merchant bank”, “discount house”, “money broker”, “foreign exchange broker” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(b)      Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (Securities Industry Act 1983) –

Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “stock exchange”, “stock market”, “securities trading market” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(c)     Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (Futures Trading Industry Act 1993) –

Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “futures exchange”, “futures broker”, “futures trading adviser” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(d)      Akta Insurans 1963 (Insurance Act 1963) –

Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “insurance”, “assurance”, “underwriter” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(e)      Akta Pengurupan Wang 1998 (Money-Changing Act 1998) –

Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “pengurup wang”, “tukaran mata wang” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(f)        Akta Penilai, Pentadbir Dan Ejen Harta Tanah 1981 (Valuers, Appraisers And Estate Agents Act 1981) –

Contoh nama-nama yang dikawal mengikut Akta tersebut ialah “estate agent”, “house agent”, “property agent”, “land agent”, “house broker” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya; dan

(g)     Undang-Undang lain, selain daripada yang disebutkan di atas dan dimaklumkan kepada Pendaftar Syarikat dari semasa ke semasa.

Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang di bawah undang-undang tersebut di atas boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon atau penaja syarikat mendapat kebenaran bertulis daripada agensi yang mentadbir undang-undang tersebut.  Surat kebenaran tersebut hendaklah disertakan bersama borang permohonan carian nama syarikat.

3.2        Nama Yang Ada Kaitan Dengan Aktiviti-Aktiviti Yang Dikawal Oleh Agensi Kerajaan Atau Oleh Sesuatu Profesion

(a)      Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) –

Perkataan-perkataan seperti “Labuan Offshore”, “Syarikat Luar Pesisir”, “Labuan Trust Company” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(b)      Lembaga Arkitek Malaysia bagi perkataan “arkitek” atau “architect”;

(c)       Kementerian Pendidikan Malaysia –

Perkataan-perkataan seperti “kolej”, “institut”, “universiti” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(d)      Jabatan Pembangunan Koperasi bagi perkataan-perkataan seperti “koop”, “Koperasi” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(e)      Jabatan Penerbangan Awam –

Perkataan-perkataan seperti “aviation”, “airways”, “airlines”, “air” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(f)        Lembaga Jurutera Malaysia bagi perkataan “jurutera” atau “engineer”;

(g)    Institut Akauntan Malaysia bagi perkataan “percukaian” atau “taxation”; dan

(h)      Kementerian Kesihatan Malaysia bagi perkataan “perubatan alternatif” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya.

Nama-nama yang mengandungi perkataan-perkataan yang menunjukkan kaitan dengan aktiviti yang dikawal oleh agensi atau badan profesion tersebut di atas boleh dipertimbangkan sekiranya pemohon atau penaja syarikat mendapat kebenaran bertulis daripada agensi atau badan profesion yang berkenaan.  Surat kebenaran tersebut hendaklah disertakan bersama borang permohonan carian nama syarikat.

3.3        Nama Yang Dikawal Dan Dihadkan Penggunaan Kerana Kepentingan Nasional Atau Awam

(a)      “Cyber” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;

(b)      “Putrajaya” atau apa-apa perkataan yang sama sebutannya;

(c)       “MSC/Multimedia Super Corridor” atau “Koridor Raya Multimedia”;

(d)      “Orang Tengah”, “Middle Man”;

(e)      “Rezab Melayu”, “Malay Reserve”;

(f)        Perkataan yang melambangkan aktiviti perjudian seperti “sweepstake”, “loteri”, “gambling”, “tilik nasib” atau apa-apa perkataan yang sama maksud dengannya;

(g)      Perkataan seperti “arak”, “liquor” dan seumpamanya; dan

(h)    Perkataan daripada slogan-slogan kerajaan seperti “Wawasan 2020”, “Bersih, Cekap dan Amanah”, “Jatidiri”, “Kuala Lumpur 2001”, “Kuala Lumpur 2006”, “Kuala Lumpur 2008”, “Malaysia Boleh”, “Dulu, Kini dan Selamanya” dan lain-lain yang diperkenalkan dari semasa ke semasa.

3.4        Prinsip-Prinsip Am Dan Ciri-Ciri Nama Yang Boleh Dipertimbangkan Untuk Sesuatu Nama

(a)      Nama hendaklah menggunakan bahasa dan ejaan yang betul;

(b)    Sejauh mana yang boleh, penggunaan nama syarikat dalam Bahasa Kebangsaan adalah digalakkan;

(c)     Sekiranya nama mengandungi perkataan yang bukan dari Bahasa Melayu atau Inggeris, makna bagi perkataan tersebut hendaklah diberikan;

(d)      Nama yang tidak mencerca atau yang mungkin dianggap menghina oleh orang awam;

(e)      Nama yang tidak melambangkan unsur keagamaan;

(f)     Nama tertentu hendaklah tidak terlalu umum, contohnya “Usaha Sdn. Bhd.” atau “Cantik Sdn. Bhd.”;

(g)     Penggunaan nama diri hendaklah terdiri daripada pengarah-pengarah yang akan dinamakan di dalam memorandum atau artikel persatuan (memorandum or articles of association).   Walau bagaimanapun, nama diri boleh dipertimbang jika nama tersebut terdiri daripada nama anggota keluarga terdekat kepada pemohon atau penaja, seperti nama anak, bapa, isteri, datuk dan nenek atau terdiri daripada nama diri dari syarikat kumpulan yang telah wujud dan mendapat persetujuan daripada syarikat kumpulan yang mempunyai nama diri.  Pertalian kekeluargaan ini hendaklah dibuktikan;

(h)     Nama rekaan hendaklah memberikan maksud asal usul perkataan;

(i)    Nama adalah bukan merupakan singkatan yang boleh dikelirukan dengan nama syarikat multi-nasional yang dikenali umum seperti PNB, ICI, IBM; dan

(j)      Nama hendaklah memasukkan perkataan yang dapat mengambarkan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan seperti “Kejuruteraan Padu Sdn. Bhd.”, “Golden Catering Sdn. Bhd.”.

4.         ARAHAN PERTUKARAN NAMA SYARIKAT

Menurut subseksyen 23(3) Akta sekiranya sesuatu nama syarikat itu telah didaftarkan (sama ada dengan tidak disengajakan atau sebaliknya dan sama ada pada nama asalnya atau sebagai pertukaran nama) dengan nama yang tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 22(1) Akta, Pendaftar boleh mengarahkan syarikat itu menukarkan namanya dalam masa enam (6) minggu dari tarikh arahan tersebut.

Pendaftar Syarikat

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

27

06 2010

Azhaan Brothers = PENDAFTARAN SYARIKAT

Penubuhan Syarikat Sdn Bhd Baru – RM2000 sahaja (tiada caj tambahan) Harga rendah & servis terbaik untuk syarikat anda. Tiada penipuan dan kekeliruan. [SIAP DALAM MASA 4 - 8 HARI]

Harga ini merangkumi:-

- Permohonan kelulusan nama Syarikat

- Fee Modal dibenarkan RM100,000 dan duti stem

- Memorandum & Artikel Syarikat

- Borang 49, 44 & 24

- Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah pertama

- Common seal, Minute book, register book, share certificate

- 1 set Memorandum & Artikel (salinan sah)

- 1 set Borang 24, 44, 49, 9 (salinan sah)

- 1 Resolusi Pembukaan Akaun Bank Syarikat (salinan sah)

HARGA UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH SYARIKAT SDN BHD DI MALAYSIA BIASANYA ADALAH DARI RM2300 HINGGA RM3600.

HARGA KAMI CUMA RM2000 SHJ. INGAT HARGA KAMI (ALL INCLUSIVE). KAMI ULANGI “ALL INCLUSIVE”

ANDA JUGA HARUS TAHU BAHAWA TIDAK SEMESTINYA HARGA YANG MAHAL DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI. HARGA MAHAL INI CUMA GIMMICK.

SEKIRANYA ANDA INGIN HARGA YANG MAHAL.  KAMI ADA HIGH CLASS PACKAGE – SILA HUBUNGI KAMI

YURAN BULANAN RM50 SHJ.

Harga bagi penubuhan syarikat di Malaysia biasanya tidak kurang dari RM2,400

Harga yang mahal tidak semestinya berkualiti. Jadi, kenapa anda mahu bayar lebih?

Anda boleh TELEFON TERUS KE: 012-2489284 (SAHRIN)


27

06 2010